Bolehkah baki wang kutipan untuk golongan gelandangan
diberikan kepada rumah anak yatim?
Marliza,
Kuala Lumpur
UKE: Saya ucapkan tahniah kerana usaha anda membantu golongan kurang berkeupayaan. Bukan senang nak berkorban harta dan tenaga membantu sesama manusia. Semoga Allah SWT memudahkan urusan anda.
Berkenaan wang derma untuk gelandangan itu
suka saya syorkan agar teruskan membantu golongan berkenaan kerana wang derma
yang dikutip khas untuk mereka.
Untuk sumbangan anak yatim insya-Allah adalah
penyumbangnya nanti. Sebagai satu bentuk amanah maka kita sempurnakanlah amanah
tersebut sebaik-baiknya.
Pegang tong sampah
jiran, perlu samak?
Perlukah melakukan samak kerana memegang tong
sampah jiran bukan Islam yang sudah lama tidak digunakan kerana jiran itu
jarang pulang ke rumah?
Melati, Melaka.
UKE: Jika tiada air najis atau sesuatu yang menjadikan perlu disamak akibat memegangnya, buat apa hendak disamak.
Jika anda nak kaji semua benda nanti habis
anda pergi samak, nanti sampai duit kertas pun kena samak sebab fikir siapa
yang pegang duit itu sebelum anda pegang.
Lepas ini pula tidakkah jadi susah habis
segala katil hospital dan katil hotel disamak sebab fikir siapa yang tidur.
Bukankah akan jadi susah kepada kita semua. Sebab itu saya katakan tadi,
jika tidak nampak adanya najis mughallazah sama ada mungkin darahnya atau
najisnya atau tulangnya dan sebagainya, maka tidak perlu anda menyamaknya.
Suami fitnah isteri berzina
Apakah hukum apabila suami memfitnah
isterinya berzina dan apakah tindakan yang boleh diambil oleh si isteri?
Idah, Negeri Sembilan.
UKE: Berat tuduhan berzina kepada orang tanpa mengemukakan empat saksi. Malah, orang yang menuduh orang berzina tanpa mengemukakan saksi boleh disebat 80 kali sebatan.
Maka hukum berdosa besar termasuklah suami
menuduh isterinya sendiri berzina. Jika berterusan menuduh si isteri tanpa
menarik balik tuduhan atau tidak mahu memohon maaf maka si isteri boleh
mengadukan hal itu di pejabat agama.
Saya nasihatkan agar diadu ke pejabat agama
agar suami dapat dinasihati atau diberi kaunseling. Jika dia masih berterusan
menuduh maka isteri boleh mendakwa suami atas tuduhan memfitnah atau menuduh
tanpa bukti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan