UKE:
Hukum berkahwin dibahagikan kepada lima bahagian:
* Wajib berkahwin
Sekiranya seseorang itu mempunyai kemampuan
daripada segi kewangan untuk membayar mahar dan mampu menyediakan nafkah isteri
zahir dan batin. Dia juga tidak bermaksud untuk menganiaya isterinya selama
berumah tangga. Termasuk juga dia yakin akan terdorong melakukan maksiat
disebabkan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
*
Sunat berkahwin
Kepada orang yang mampu dalam menyediakan
nafkah dan lain-lain, tetapi dalam masa yang sama dapat memelihara dirinya
daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.
* Harus
berkahwin
Bagi seseorang yang yakin tidak akan
melakukan maksiat jika tidak berkahwin serta mampu.
*
Makruh berkahwin
Apabila seseorang itu bimbang jika dia
berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan
fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun
daripada segi kewangan dia mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara
sedang menghadapi huru-hara.
*
Haram berkahwin
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan
kewajiban-kewajiban dan tanggungjawab terhadap isterinya dari segi zahir dan
batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya hidup isterinya dengan sebab
kekurangan yang ada pada dirinya.
Maka kenapa tidak mahu berkahwin? Anda
lihatlah dalam huraian di atas. Apa pun berkahwin adalah sunah Nabi SAW.
Maka mengikuti sunah Nabi SAW itu penuh dengan kemuliaan dan pasti dibantu oleh
Allah SWT, insya-Allah.
Cara pujuk isteri
Bagaimana
hendak memujuk isteri yang sudah tidak mahu hidup bersama suami dan minta
dilepaskan?
* Aniq, Kuala Lumpur.
* Aniq, Kuala Lumpur.
UKE: Apabila ada masalah sebegini anda patut
gunakan beberapa cara. Pertama, memohon kemaafan atas segala kesalahan anda
dengan bersungguh-sungguh. Kedua, berjanji akan membantu dan menjadikan rumah
tangga kembali bahagia. Ketiga, gunakan kelembutan dan sifat lelaki budiman
untuk memujuknya.
Keempat, gunakan anak-anak sebagai ejen
memujuk isteri anda. Kelima, libatkan keluarga seperti ibu dan ayah untuk
menjadikan isteri berfikir panjang sebelum bercakap soal berpisah. Keenam,
kalau terjadi perpisahan pun tak mengapa sebab nanti masih ada ruang untuk
merujuk kembali.
Perceraian bukan bermakna berpisah buat
selama-lamanya. Kadang-kadang boleh bersatu semula malah perkahwinan kali kedua
dengan pasangan yang sama lebih bahagia sebab telah mengetahui pantang larang
dan kesukaan pasangan.
Anda juga boleh banyak berzikir dan solat
hajat supaya terpelihara rumah tangga. Boleh juga diamalkan membaca surah Yasin
sebanyak 10 kali bagi menyampaikan maksud tersebut.
Beza menderhaka
Apakah
perbezaan antara menderhaka dengan ibu bapa kandung dan ibu bapa tiri?
* Mohd. Namawi, Johor.
* Mohd. Namawi, Johor.
UKE: Kedudukan ibu bapa kandung dengan ibu
bapa tiri adalah tidak sama. Yang tiri tidak mewarisi dan diwarisi harta
pusaka. Yang tiri juga tidak boleh menjadi wali nikah. Hukum menderhaka ibu
bapa kandung termasuk di dalam dosa-dosa besar malah dikutuk oleh Allah SWT
orang yang menderhaka ibu bapanya. Ketaatan dan berbuat baik kepada ibu bapa
adalah perintah Allah SWT selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan
hukum Allah Taala. Namun begitu jika ada ayah atau ibu tiri, maka hendaklah
juga berbuat ihsan kepada mereka kerana mereka telah berkahwin dengan ibu atau
ayah kita, malah kadang-kadang ibu atau ayah tiri menjaga kita lebih baik
daripada ibu atau ayah kandung.
Terdapat ibu atau ayah tiri yang
menanggung makan minum atau pelajaran anak tirinya melebihi keluarga kandung
tetapi ada anak tiri yang tidak berbuat baik kepada mereka pula. Ada juga ibu
atau ayah tiri yang menjaga ibu atau ayah kandung padahal anak-anak sendiri
tidak mengambil berat tentang ibu atau ayah kandung mereka.
Maka berbuat baiklah kepada ibu atau ayah
tiri selagi mereka tidak menyuruh berbuat kejahatan. Jika tidak bersetuju
dengan pendapat ibu atau ayah tiri, maka bercakaplah dengan sopan dan jangan
sampai menyakiti hati mereka.
Enggan bayar pengawal .
Lebih
80 peratus penduduk di taman perumahan saya bersetuju membuat bayaran bulanan
bagi perkhidmatan pengawal keselamatan. Bagaimana dengan penduduk yang tidak
mahu membuat bayaran sedangkan mereka turut mendapat manfaat daripada kawalan
keselamatan itu?
* Penduduk Prihatin, Gombak.
UKE: Sepatutnya bila hidup berjiran maka
hendaklah bermuafakat dan bersepakat. Bukannya hidup mementingkan diri sahaja.
Susah sama susah dan senang sama senang. Cuma mungkin mereka miskin atau tak
mampu membayar yuran perkhidmatan.
Kalau begitu gunakan pelekat khas bagi yang
membayar yuran termasuk juga papan tanda kecil di pintu pagar masing-masing
sebagai pengenalan mempunyai perkhidmtan supaya senang pemantauan diadakan.
Boleh juga selalu diadakan program
dengan pelbagai kemudahan yang disediakan dan lama-kelamaan insya-Allah mereka
juga akan menyertai perkhidmatan itu. Mungkin boleh wujudkan jawatankuasa khas
bagi menarik 20 peratus penduduk yang tidak menyertai program itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan