Isnin, 11 Disember 2017

Berdoalah untuk Keselamatan Umat Islam Di Palestin.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa”.

“Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka”.

“Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Malaysia dan seluruh negara umat Islam”.

SIAPA DISEBALIK KRISIS-KRISIS BESAR DUNIA: YAHUDI DAN INDUSTRI KEGANASAN

Artikel ini akan membincangkan peranan kaum ini didalam menyumbang kepada perkembangan industri keganasan global.


Tahun 2016 nampaknya diakhiri dengan siri-siri kejadian keganasan, dan yang paling digembar-gemburkan ialah kejadian pembunuhan Duta Besar Rusia ke Turki. Siapakah dalang yang menghasut atau merekrut pembunuh tersebut? Hal itu masih menjadi tanda tanya kumpulan penyiasat. Namun, dengan perbincangan didalam rencana ini, diharap agar masyarakat dunia tidak sewenang-wenangnya meletakkan kesalahan ke atas bahu umat Islam, kerana disini akan dijelaskan bahawa banyak kegiatan keganasan, sekalipun yang bertopengkan orang Islam, adalah rencana Yahudi.

Sebelum membincangkan kejadian yang melibatkan mereka, harus kita selidiki dahulu beberapa petikan didalam kitab Talmud. Yahudi adalah kaum yang sangat mementingkan kitab dan Talmud dianggap sebagai sumber literatur yang autoritatif [1]. Melaluinya, kita dapat mengenali kaum ini dan perspektif mereka terhadap isu yang dibincangkan. Dibawah adalah beberapa ajaran dan doktrin kitab Talmud kepada kaum Yahudi.

● "Aku akan menghancurkan penindas kamu (Yahudi); sehingga mereka meminum darah mereka sendiri, sepertinya mereka meminum arak." - Isaiah 49:26

● "Tuhanmu bangkit, maka runtuhlah segala kekuasaan lain; Dia akan duduk ditengah takhta diantara Cherubim, maka bergegarlah dunia. Maha hebatlah Tuhanmu (Yahudi) di Zion; kemuliaan-Nya menjajar ke segenap dunia. Biarlah mereka (Gentiles) mengagungkan Tuhan-Mu, sesungguhnya Dialah pemerintah seluruh dunia." -Psalms 2:8

● "Tuhanmu akan memberi kuasa kepada kamu (Yahudi) untuk memerintah dari Zion; maka kamu akan memerintah dan dikelilingi musuh." -Psalms 110:2

● "Seluruh dunia akan tunduk kepada kamu (Yahudi) dan pemerintah akan sujud kepadamu." --Genesis 27:29

● "Anak-anak mereka (Gentiles) mestilah dihempaskan dihadapan mata (ibubapa) mereka! Rumah mereka haruslah dihancurkan, dan isteri-isteri mereka haruslah diperkosa! Hancurkanlah anak-anak muda mereka (Gentiles) sehingga lebur...janganlah mengasihani anak didalam kandungan, kanak-kanak (Gentiles) juga begitu (harus dihapuskan)." -Isaiah 13: 16-18

Diatas ialah petikan dari kitab Talmud itu sendiri, yang menonjolkan pandangan kaum Yahudi terhadap bukan Yahudi atau Gentiles. Adakah doktrin itu dipraktikkan oleh sebilangan mereka?

YAHUDI DAN INDUSTRI TERRORISME

1. Sejarawan Greek purba, Dio Cassius, menerangkan dengan terperinci tentang peranan kaum Yahudi didalam gerakan massacre di timur wilayah Empayar Roman, pada tahun A.D 116. Mereka membunuh semua kaum Gentiles di wilayah itu...upacara mandi darah (blood bath) paling kejam berlaku di Cyrene (kini menjadi wilayah timur di Libya) dan Cyrenaica...pembunuhan besar-besaran juga dilakukan Yahudi ke atas Mesopotamia dan Palestin purba [2].

2. Ketika dan selepas Perang Dunia Pertama, kumpulan yang bernama The Young Turk (Cun Turk didalam bahasa Turki) - sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh crypto Jews dan Freemason yang berjaya merampas kuasa didalam Empayar Uthmaniyah - melaksanakan genocidal terhadap lebih dua juta warga Armenia, Greek dan dan Kristian di Assyria [3].

3. Yahudi agung (Jewish Supremacy) - menyamar dengan topeng Bolshevism - telah melakukan kempen genocidal terbesar dalam sejarah dunia, apabila lebih 40 juta warga Rusia dibunuh dari tahun 1917 sehinggalah tumbangnya Marxist Communist di negara itu pada 1991. [4] [5]

4. Lihatlah kepada keadaan Muslim dan Kristian di Palestin sekarang.

5. Menachim Begin (mantan Perdana Menteri Israel) - pada tahun 1946 - mengarahkan sekumpulan terrorist Yahudi bergelar Irgun untuk menyamar sebagai orang Arab. Objektif terrorists itu adalah untuk mengebom Hotel King David di Jerusalem, yang pada masa itu digunakan sebagai ibupejabat dan safehouse bagi pasukan tentera dan perisikan British [6]

6. Pada tahun 1944, Yitzak Shamir (mantan Perdana Menteri Israel) yang pada ketika itu merupakan ketua organisasi bawah tanah Lehi bersama rakan beliau, Dr. Israel Eldad melakukan perancangan operasi pembunuhan Lord Moyne, Resident Minister British di Cairo waktu itu [7]. Apakah tiada persamaan kejadian ini dengan kejadian pembunuhan Duta Besar Rusia ke Turki semalam? Alasan Shamir ketika mengulas assasination terhadap Lord Maine ialah: "Beliau (Lord Maine) adalah anti-semitik."

8. Lavon Affair 1954 barangkali contoh paling baik operasi "false flag" kaum Yahudi yang menjadikan Islam Arab sebagai kambing hitam. Kerana susuk yang hampir serupa, operative didalam pasukan Israeli AMAN pada waktu itu menyarungkan jubah dan menyamar sebagai Arab. Kemudian mereka mengebom kem-kem tentera Amerika Syarikat dan British di Mesir, didalam operasi bergelar Operasi Susannah. [8] (Sumber Yahudi sendiri mengakui kejadian ini).

Tujuan operasi itu adalah untuk menyalahkan Presiden Mesir ketika itu yakni Gamal Abdul Nasser, kerana tindakan beliau membebaskan Terusan Suez dari cengkaman kuasa kolonial.

9. "False flag" yang paling terpahat didalam minda tentera Amerika Syarikat, barangkali adalah kejadian serangan ke atas kapal mereka bernama USS Liberty (AGTR 5) pada tahun 1967. Kejadian itu dilakukan oleh tentera udara dan laut Israel, menggunakan pesawat tanpa logo dan tanda. Bagi memastikan tiada tentera Amerika didalam USS Liberty terselamat (kerana jika ada, siasatan terhadap saksi pasti menemukan Israel sebagai dalang), tentera Israel turut menembak kapal itu dari atas rakit. Namun operasi itu gagal. [9]

10. Serangan pengganas ke atas New York pada tahun 2001 sebenarnya bukanlah yang pertama. Pada tahun 1993, enam trak mengandungi bom telah diletupkan dibahagian bawah tanah bangunan World Trade Center (WTC). Pada peringkat awal, media arus perdana terutama The New York Times menyalahkan terrorist Arab Islam, dan antara nama-nama mereka termasuklah Mohamad A. Salameh, Ramzi Yousef dan Sheikh Omar Abdul Rahman.

Namun beberapa investigative journalist dan whistle blowers, termasuk dari kalangan Yahudi sendiri kemudian mendedahkan kepada umum, bahawa kejadian WTC 1993 itu didalangi oleh Mossad Israel. Ralph Schoenman misalnya mendedahkan nama Guzie Hadas, seorang wanita misteri yang dipercayai agen Mossad yang merekrut orang-orang Arab untuk melakukan kegiatan keganasan itu. Bahkan jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sendiri, Joe Valiquette dipetik sebagai berkata, sewaktu ditanyakan tentang peranan Mossad dan Israel didalam serangan 1993: "Sekalipun dakwaan itu (bahawa Guzie Hadas adalah agen Mossad) benar, kami di FBI tiada sebarang komen dan tidak akan memberitahunya." [10]

KESIMPULAN

Berdasarkan bukti-bukti ini, apakah kita masih akan menyalahkan sesama kita, sedangkan terrorist sebenar enak menyambut perayaan Bar Mitzvah dan bertepuk tangan melihat perpecahan dikalangan Gentiles ini?

Oleh: Fahmi b. Faiz,
Investigative journalist dan penulis dan di Dewan Bahasa dan Pustaka serta Alaf 21, Karangkraf.

Khamis, 27 April 2017

Al-Quran bukan kitab nujum!

SAYA agak terkejut dengan mesej diterima dalam aplikasi WhatsApp. Mesej tersebut cuba mengira tarikh, angka, nombor ayat dan tahun sebagai suatu petanda tentang pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

Mesej tersebut perlu dibendung kerana ia sudah memesongkan maksud sebenar al-Quran. Kelihatan al-Quran bukan lagi kitab hidayah yang membimbing manusia kepada jalan kebenaran, sebaliknya membawa manusia kepada budaya ‘bernujum dengan angka”
Ternyata sebelum ini, cubaan bernujum dengan ayat al-Quran pernah berlaku dalam peristiwa MH 370. Orang yang bernujum itu cuba mengaitkan peristiwa kehilangan pesawat itu dengan beberapa ayat dalam Surah Yasin. Sudahnya, ia tidak membawa apa-apa yang mampu meningkatkan iman.

“Dan mereka yang kafir berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak. Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
“Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak,” (Surah Maryam: 88 - 91).

Sebelum itu ada cubaan mengaitkan peristiwa 11 September 2001 dengan ayat Surah al-Taubah berkaitan musnahnya bangunan masjid yang dibina orang munafik Madinah:
“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, atau orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim,” (al-Taubah [9:109])

Pihak yang mengaitkan ayat ini dengan peristiwa 11 September 2001 kononnya mengatakan ayat ini yang bernombor ‘109’ merujuk kepada bangunan WTC itu memiliki ‘109’ aras. Surah al-Taubah pula surah ‘kesembilan’ sesuai dengan bulan September sebagai bulan kesembilan, manakala ayat ini pula berada dalam juzuk 11 dikaitkan dengan tarikh 11 hari bulan.

Ramalan ini sangat karut kerana mereka memesongkan makna asal ayat ini.
Terbaru dikaitkan pula Yang di-Pertuan Agong XV yang memakai gelaran Sultan Muhammad V dengan usia baginda ketika ditabalkan. Menurut peramal, baginda berusia 47 tahun ketika ditabalkan dan surah ke-47 dalam al-Quran juga dinamakan Surah Muhammad. Bagi saya, jika mahu dikira, usia Seri Paduka perlu dihitung mengikut tahun Hijrah kerana ia lebih tepat dengan roh agama atau al-Quran. Dan pastinya jika ia dikira dalam perkiraan hijri, Seri Paduka sudah berusia lebih 47 tahun.
Perkara ini perlu dibendung kerana jika dibiarkan, tidak mustahil suatu hari nanti al-Quran menjadi bahan mencari nombor ekor oleh penggila judi kaki ekor.

DALIL AL-QURAN, HADIS

Seolah-olah rahsia Allah mampu diceroboh oleh penggodam sistem hanya berpandukan tahi lalat, tarikh lahir, usia dalam perkiraan masihi dan sebagainya. Sedangkan perkara ini ditegah dengan jelas oleh banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, antaranya:

1. “Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati),” (al-Naml[27:65]).
Ketika menjelaskan ayat ini Aishah r.a. berkata:
“Sesiapa menyangka bahawa (Rasulullah SAW) mampu memberitahu apa yang akan berlaku pada keesokan harinya, “maka dia telah berbuat pendustaan yang sangat besar atas nama Allah.” Aisyah RA kemudiannya membaca ayat 65 surah al-Naml (Sahih Muslim).

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berjumpa dengan tukang nujum (orang yang mendakwa tahu sesuatu perkara) lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak akan diterima (tiada pahala) solatnya selama 40 malam,” (Sahih Muslim).

3. Usahkan peramal yang pandai mengira indeks nombor surah al-Quran, Baginda sebagai Rasul yang menerima wahyu al-Quran sendiri pun tidak mengetahui yang ghaib melainkan setelah diwahyukan Allah. Banyak firman Allah menyokong prinsip ini:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang yang beriman,” (al-A’raf[7:188]).

4. Usahkan si bomoh, para rasul yang saban hari didampingi Jibril a.s.pun tidak mengetahui perkara ghaib kecuali setelah ia didedahkan Allah dengan tujuan tertentu. Firman Allah:
“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuinya itu kepada sesiapapun, - melainkan kepada mana-mana rasul yang diredai-Nya (untuk mengetahui sebahagian daripada perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang rasul itu malaikat yang menjaga dan mengawasinya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan),” (al-jinn [72:26-27]).

Kembalilah kepada al-Quran dan al-Sunah supaya kita tahu mana batasan yang boleh dan tidak boleh diceroboh manusia. Jangan sampai kita dibodohkan oleh bomoh yang mencari untung atas kejahilan manusia tentang hakikat agama.



Rabu, 26 April 2017

Peristiwa yang menguji keimanan

Allah SWT telah melakukan suatu perjalanan mulia kepada Nabi Muhammad dari Mekah, Arab Saudi ke Baitulmaqdis, Palestin sebelum diangkat ke langit hingga Sidratulmuntaha dengan diiringi malaikat Jibril.
Seterusnya Baginda naik ke Mustawa seorang diri untuk menerima perintah penting iaitu solat.
Peristiwa yang berlaku 11 tahun selepas Baginda diangkat menjadi Rasul itu dirakamkan dalam surah al-Isra ayat 1 bermaksud:
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihat kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Apa yang menakjubkan masyarakat Quraisy ketika itu ialah perjalanan mengambil dua bulan iaitu sebulan pergi dan sebulan balik tetapi berlaku pada satu malam.
Peristiwa agung ini menyimpan rahsia besar yang perlu diambil iktibar. Pengembaraan Israk dan Mikraj memberikan beberapa pengajaran yang menggambarkan balasan dosa-dosa dilakukan oleh umat Nabi Muhammad semasa hidup di dunia.
Demikian juga ditunjukkan ganjaran Allah bagi mereka yang berjihad, bersedekah dan melakukan amal soleh. Rasulullah juga dibawa melihat ke suatu lembah yang nyaman dan dingin, anginnya membawa bauan wangi harum semerbak kasturi, serta kedengaran suara riang gembira.
Apabila Baginda bertanya, Jibril a.s. lantas menjawab itulah suara syurga yang merayu memohon agar Allah membalas apa-apa dijanjikan. Walaupun mereka sedang menikmati perbagai nikmat syurga, namun tetap memohon nikmat lebih besar sebagai ganjaran kepada golongan beriman.
PENGHULU SEGALA RASUL
Menurut riwayat Anas Bin Malik, setelah Rasulullah SAW tiba di Baitulmaqdis dengan menaiki buraq, iaitu seekor binatang berwarna putih, Baginda masuk ke dalam Masjidilaqsa dan melakukan solat sunat dua rakaat.
Menurut Ibnu Mas’ud r.a, malaikat Jibril memimpin Baginda ke hadapan untuk menjadi imam solat bersama para Rasul. Ini merupakan petunjuk bahawa Nabi Muhammad datang membawa syariat dan secara tidak langsung menamatkan syariat terdahulu.
Sebelum Mikraj, Nabi Muhammad dipertemu dengan Nabi Adam a.s. yang diperkenal oleh Jibril sebagai bapa kepada seluruh umat manusia. Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa apabila bermusafir, perlulah lebih dahulu menemui ibu bapa atau ahli keluarga lebih tua untuk memohon restu mereka.
Menurut nukilan daripada Tafsir al-Maraghiy, peristiwa ini menunjukkan bahawa walaupun berlainan keturunan dan zaman, semua rasul bersatu di sisi Allah.
Peristiwa selanjutnya datang pula Jibril membawa dua jenis minuman, arak dan susu. Maka Nabi memilih susu. Malaikat Jibril menyatakan bahawa Nabi telah memilih fitrahnya dan susu juga melambangkan kesucian.
Kemuncak daripada peristiwa Israk dan Mikraj, Allah memfardukan solat 50 waktu sehari semalam. Tetapi dalam perjalanan pulang, Baginda bertemu lagi dengan Nabi Musa a.s. yang mengusulkan agar baginda mohon keringanan Allah kerana perintah itu berat bagi umat Muhammad.
Setelah rayuan dibuat akhirnya Allah memperkenan hanya lima waktu sahaja,tetapi ganjarannya sama dengan 50 waktu. Dalam pelaksanaan solat, badan, fikiran dan perhatian serta lafaz yang telah ditentukan ditujukan khusus kepada Allah semata-mata.
Kerana solat adalah ibadat utama yang diibaratkan seperti tiang dalam sesebuah bangunan. Hadis daripada Umar al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah bersabda:
“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya bermakna maka dia mendirikan agama, sebaliknya mereka yang meninggalkannya seolah-olah meruntuhkan agama.” - Riwayat Baihaqi
BAYANGKAN ketika sedang berbual di kedai kopi, datang seorang rakan kita memberitahu dia baru pulang dari Mekah. Dia juga mengakui bertolak ke Tanah Suci itu pada malam tadi dan selamat pulang pada malam yang sama.
Apakah reaksi kita? Pastinya akan menganggap rakan itu hilang akal. Masakan tidak, perjalanan yang lazimnya mengambil masa lebih lapan jam satu hala itu dapat ditempuhi pergi dan balik pada satu malam.
Namun, itulah antara analogi peristiwa yang menguji keimanan para sahabat ketika Rasulullah SAW menceritakan perjalanan baginda dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Anggota tubuh yang paling tinggi dan berharga secara simboliknya ialah kepala. Dengan sebab itu ramai orang berani mempertaruh nyawa, merasa begitu sukar jika kepalanya dipermain orang.
Tetapi lain halnya ketika di hadapan Allah. Dengan penuh kesedaran, kepala rela direndahkan di tempat paling bawah sejajar dengan tempat berpijak.
Selepas peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah bertambah gigih menjalankan dakwah, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dari pada musuh. Baginda tetap tabah ibarat membujur lalu melintang patah untuk berdakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
Ini memberi iktibar kepada kita dalam melaksanakan kerja kebajikan mestilah dengan semangat juang yang tinggi dedikasi dan tanggungjawab, sedia menghadapi apa jua cabaran.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/peristiwa-yang-menguji-keimanan-1.474130#ixzz4fQgbtEGi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, 12 April 2017

Jahil mata hati


UMUR atau usia adalah modal bagi seorang Mukmin mendekati dan mendapat syurga Allah SWT. Ertinya bagi mereka yang taat, usia dimiliki adalah untuk menambah ketaatan kepada Allah SWT, manakala yang berdosa, menjadikan usia peluang memohon keampunan daripada Allah SWT. Memetik kata-kata Imam al-Ghazali: "Apakah manusia itu tidak malu apabila Allah SWT menghulurkan waktu baginya untuk bertaubat, tetapi dia terus-menerus melakukan dosa kepada Allah SWT." 

Menerusi rancangan Islam Itu Indah bersama Ustaz Pahrol Muhamad Juoi di radio IKIMfm, beliau menjelaskan Islam sangat indah dan mereka yang tidak mendapati keindahan Islam disebabkan tidak dapat melihat kebaikan ajaran Islam. Analoginya seperti seekor kelawar yang tidak dapat melihat pada waktu siang, bukan kerana hari yang tidak terang, tetapi siang hari terlalu terang sehingga mata kelawar tidak mampu melihatnya. Membicarakan mengenai keindahan agama Islam, ia berkait rapat dengan bagaimana kita melihat agama dari sudut pandangan mata hati.

Kejahilan akan memudarkan pandangan terhadap kemurnian Islam, begitu juga hati yang kotor tidak mampu melihat indahnya ajaran agama Islam. Dengan kata lain, ada dua sebab seorang Mukmin tidak dapat melihat keindahan agama Islam iaitu disebabkan oleh kejahilan akal fikiran dan hati yang degil. Hakikatnya, keindahan Islam akan terlihat oleh hati yang suci. Dominasi tamadun dunia Islam agama yang sempurna tanpa cacat cela. Keindahan Islam umpama pokok rimbun yang syumul, di dalamnya terdapat akidah, muamalat, ibadah, akhlak yang melengkapkan ajarannya untuk diamalkan oleh manusia. Ketika negara Barat hari ini mendominasi tamadun dunia dengan kejayaan, Islam sudah mendominasi tamadun dunia sejak 1600 tahun dahulu. 

Pembangunan fizikal dan rohani hari ini sebenarnya telah berhutang kepada tamadun Islam. Bahkan, pencapaian kejayaan tamadun Barat hari ini adalah hasil pembelajaran daripada tamadun Islam yang dibina oleh orang Islam. Sederhana itu indah, begitulah ajaran agama Islam. Kesederhanaan ajaran Islam memberi keindahan kepada agama ini. Contohnya, Islam membenarkan pemilikan harta, malah tidak menghalang manusia mencari kekayaan namun dengan cara yang disyariatkan. Bagi yang kaya, dididik mengeluarkan zakat dan sedekah sehingga mereka yang miskin diberi peluang untuk bersama menikmati manfaat nikmat Allah SWT. 

Jahil selami Islam Ajaran agama yang fleksibel dan mesra menjadikan Islam sesuai, sebati dan serasi dengan amalan kehidupan manusia. Namun persoalannya, mengapa ajaran Islam yang indah tidak lagi kelihatan indah bagi sesetengah manusia? Jawapannya, ia disebabkan oleh kejahilan, kedegilan, sikap orang Islam itu sendiri yang tidak mengamalkan ajaran Islam dan propaganda bukan Islam terhadap Islam. Ilmu yang jelas penting untuk kita melihat keindahan Islam. Seperti orang buta melihat gajah, walau bagaimana hebat gajah itu, pada mata orang buta ia tidak terlihat kehebatannya. 

Begitulah dengan cara kita melihat agama. Justeru, ilmu membolehkan seorang melihat keindahan Islam dengan jelas. Mata hati yang terang dapat melihat cahaya agama yang indah. Islam akan terus mekar menyinar jika pengamalnya sentiasa berusaha menjaga kemurniannya. Umat hendaklah menghapuskan kejahilan ilmu, perangi kedegilan dengan amalan, sampaikan Islam dengan cara hikmah, lemah lembut dan akhir sekali perjuangkan Islam dengan cara yang terbaik. Berkongsi kata-kata Hassan al-Banna: "Seseorang itu akan merasa kemanisan Islam hanya bagi mereka yang menegakkan Islam." Penulis: Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa IKIMfm

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/271037

Ahad, 9 April 2017

“JIKA mahu minum arak syurga.....

“JIKA mahu minum arak syurga, sabarlah sekejap di dunia dengan menjauhi arak dunia.”

Arak memang haram untuk umat Islam. Nasnya jelas dalam al-Quran dan ia melalui empat peringkat pengharaman iaitu:
1. al-Nahl [16:67],
2. al-Baqarah [2:219]
3. al-Nisa’[4:43]
4. Muktamad pengharamannya pada surah al-Ma’idah [5:90-91]).

Bukan setakat haram, ia digelar ‘air kencing syaitan’ oleh orang Melayu yang jijik dengannya. Barangkali orang Melayu menggelarkannya sedemikian kerana Allah sendiri menyifatkannya sebagai perbuatan atau minuman asasi syaitan.
“Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya,” (al-Ma’idah [5:90]).

UJIAN ALLAH KEPADA MANUSIA

Arak adalah ujian Allah kepada manusia di dunia. Ia memudaratkan badan, merosakkan akal dan meminumnya tergolong dalam dosa besar. Peminumnya tidak dapat mencium bau syurga sebagaimana sabda Rasulullah:
“Sesiapa yang minum arak di dunia kemudian (mati) tidak bertaubat daripada dosa itu, diharamkan meminumnya di akhirat” - Sahih Bukhari dan Muslim.
Hadis di atas ayatnya masih berlapik. Bahasa mudah adalah: peminum arak yang mati tanpa taubat tidak berpeluang masuk syurga kerana arak adalah minuman syurga (Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari).
Jika ia haram di dunia, mengapa pula hukumnya berpusing 360 darjah menjadi halal di akhirat sehingga menjadi antara minuman syurga?
Itulah bukti betapa mutlaknya kuasa Allah. Dia mampu dan berhak melakukan apa sahaja.
Pun begitu, hikmahnya tetap ada kerana Allah adalah Yang Maha Bijaksana. Antara hikmah yang mudah difahami adalah arak sangat berbahaya untuk akal dan jasad. Penagih arak sukar melepaskan diri daripada ‘kerasukan arak’ yang dihidapinya.

KELAZATAN ARAK SYURGA
Lain pula sifat arak syurga. Ia putih, bersih, lazat, sihat dan menjadi lambang keredaan Allah kepada ahli syurga yang sangat patuh kepada arahan-Nya semasa di dunia.

Firman Allah: “Diedarkan kepada mereka piala yang berisi ‘arak’ (yang diambil) dari sungainya yang mengalir, minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya, ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya,” (al-Saffat [37:45-47]).

Juga firman Allah: “Mereka dilayani anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, - Dengan membawa piala minuman dan teko serta piala atau gelas yang berisi ‘arak’ (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya,” (al-Waqi’ah [56:17-19]).

Arak ‘putih’ yang asli lagi sedap ini dicedok dari sungai arak syurga yang tidak terbanding lazatnya:
“Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai daripada air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa ‘sungai daripada arak yang lazat bagi orang yang meminumnya’ dan juga beberapa sungai daripada madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan daripada Tuhan mereka…,” (Muhammad[47:15]).
Dalam ayat lain Allah menyebut arak syurga sangat istimewa kerana penutupnya ditutup rapi dengan haruman kasturi:
“Mereka diberi minum daripada satu minuman (arak) yang termeterai bekasnya, (bahan) salutannya daripada kasturi.Dan untuk (memperoleh nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan,” (al-Mutaffifin [83:25-26]).

Tertutup rapi kerana ia belum pernah dibuka sesiapa pun. Ini menunjukkan arak syurga adalah barang baharu yang bukan ‘second hand’ kerana Allah tahu manusia tidak suka barangan terpakai. Bau penutup botolnya yang semerbak kasturi mampu membangkitkan selera ahli syurga.

Maha Suci Allah! Selera orang beriman seharusnya terbuka luas untuk merebut minuman ini. Bagaimana caranya? Ia berlaku secara bertentangan. Tahanlah diri anda daripada melakukan yang haram, Insya-Allah peluang kita terbuka luas mendapat nikmat ini di akhirat kelak.

Wang kutipan untuk golongan gelandangan

Bolehkah baki wang kutipan untuk golongan gelandangan diberikan kepada rumah anak yatim?
Marliza,
Kuala Lumpur

UKE:
 Saya ucapkan tahniah kerana usaha anda membantu golongan kurang berkeupayaan. Bukan senang nak berkorban harta dan tenaga membantu sesama manusia. Semoga Allah SWT memudahkan urusan anda.
Berkenaan wang derma untuk gelandangan itu suka saya syorkan agar teruskan membantu golongan berkenaan kerana wang derma yang dikutip khas untuk mereka.
Untuk sumbangan anak yatim insya-Allah adalah penyumbangnya nanti. Sebagai satu bentuk amanah maka kita sempurnakanlah amanah tersebut sebaik-baiknya.

Pegang tong sampah jiran,  perlu samak? 
Perlukah melakukan samak kerana memegang tong sampah jiran bukan Islam yang sudah lama tidak digunakan kerana jiran itu jarang pulang ke rumah?
Melati, Melaka.


UKE: 
Jika tiada air najis atau sesuatu yang menjadikan perlu disamak akibat memegangnya, buat apa hendak disamak.
Jika anda nak kaji semua benda nanti habis anda pergi samak, nanti sampai duit kertas pun kena samak sebab fikir siapa yang pegang duit itu sebelum anda pegang.
Lepas ini pula tidakkah jadi susah habis segala katil hospital dan katil hotel disamak sebab fikir siapa yang tidur. Bukankah akan jadi susah kepada kita semua. Sebab itu saya katakan tadi, jika tidak nampak adanya najis mughallazah sama ada mungkin darahnya atau najisnya atau tulangnya dan sebagainya, maka tidak perlu anda menyamaknya.

Suami fitnah isteri berzina 
Apakah hukum apabila suami memfitnah isterinya berzina dan apakah tindakan yang boleh diambil oleh si isteri?
Idah, Negeri Sembilan.


UKE:
 Berat tuduhan berzina kepada orang tanpa mengemukakan empat saksi. Malah, orang yang menuduh orang berzina tanpa mengemukakan saksi boleh disebat 80 kali sebatan.
Maka hukum berdosa besar termasuklah suami menuduh isterinya sendiri berzina. Jika berterusan menuduh si isteri tanpa menarik balik tuduhan atau tidak mahu memohon maaf maka si isteri boleh mengadukan hal itu di pejabat agama.
Saya nasihatkan agar diadu ke pejabat agama agar suami dapat dinasihati atau diberi kaunseling. Jika dia masih berterusan menuduh maka isteri boleh mendakwa suami atas tuduhan memfitnah atau menuduh tanpa bukti.


Strok Haba

PELUH mula membasahi baju wanita itu yang berniaga menjual kuih-muih di gerainya tatkala terik mentari memancar. Walaupun cuaca panas dengan suhu mencecah 36 darjah Celsius, tidak menghalangnya untuk meneruskan rutin harian melayan pelanggan yang ingin membeli kuih-muihnya. Ada pelanggan gerai tersebut yang mengusap peluh di dahi, ada pula yang membeli sambil memegang payung dan ada yang segera berteduh di bawah pokok selepas selesai membeli kuih.

Malaysia kini berdepan dengan fenomena El Nino yang menyebabkan ancaman gelombang haba. Fenomena tersebut mengakibatkan komplikasi kepada sistem badan manusia jika terdedah kepada sinaran matahari pada suatu tempoh.

Sementara itu, negara dikejutkan dengan berita kematian perajurit muda yang sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusada) Port Dickson, Negeri Sembilan, Muhammad Aizat Hamzah, 23, meninggal dunia baru-baru ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan akibat strok haba. Arwah difahamkan pengsan secara tiba-tiba ketika sedang melakukan latihan kawad kaki sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Pakar Perubatan Hospital Pakar KPJ Johor, Datuk Dr. M Singaraveloo, strok haba berlaku apabila kita terdedah kepada cuaca panas secara berterusan. Ini akan menyebabkan kita mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan normal manusia ialah 370 celsius, strok haba akan mula menyerang apabila suhu badan melebihi 40.50 celsius atau lebih.

“Jika kita berada di bawah cuaca panas yang melampau, ini akan menyebabkan tubuh badan kita mengalami penyahidratan. Kekurangan air dalam tubuh badan boleh menyebabkan seseorang terkena komplikasi dehidrasi kritikal dan jika tidak mendapatkan rawatan awal seseorang boleh mengalami komplikasi saraf dalam otak, organ dalam badan, koma dan menyebabkan kematian.

“Bagi individu yang tidak biasa terdedah kepada cuaca panas matahari, risiko untuk mengalami strok haba lebih tinggi berbanding dengan mereka yang biasa bekerja di tempat terbuka. Kumpulan yang berisiko ialah kanak-kanak, warga emas yang berusia 65 tahun ke atas dan penghidap penyakit kronik,” katanya.


Dr. M Singaraveloo menjelaskan, tanda-tanda awal strok boleh dikesan dengan paras suhu badan yang tinggi melebihi 400 celcius selain simptom-simptom seperti loya dan muntah, sakit kepala, denyutan nadi menjadi pantas, kulit menjadi kering serta kemerahan dan kekejangan otot. Individu juga boleh terkena sawan, pitam dan mengalami kekeliruan sebagai petanda awal mereka menghidap strok haba. Jika ini berlaku, rawatan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada tubuh badan mereka.

‘Diam’ semasa khutbah.

ANTARA isu yang sekian lama diperkatakan semasa khatib berkhutbah Jumaat adalah perbuatan jemaah terutama anak-anak remaja yang membuat bising dan bercakap-cakap. Walhal para jemaah telah diingatkan tentang kepentingan memberi perhatian kepada isi kandungan khutbah dan jangan berkata-kata.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila kamu berkata ‘diam’ kepada sahabat kamu pada hari Jumaat ketika imam membaca khutbah maka sia-sialah Jumaat kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayangnya ramai yang tidak mengendahkan hadis tersebut walaupun kesannya amat besar iaitu hilang pahala solat Jumaat. Maknanya, ibarat kita bekerja tanpa gaji.Hadis itu bertujuan mengingatkan para jemaah memberi fokus kepada isi kandungan khutbah yang disampaikan oleh khatib dan juga tidak mengganggu jemaah lain. Namun demikian, jemaah masih boleh menegur anak-anak remaja yang berkata-kata semasa khutbah menggunakan bahasa isyarat seperti meletakkan jari telunjuk di mulut.

Terkini, perbuatan mengutip wang atau derma ketika khutbah turut dibahaskan sama ada termasuk dalam maksud ‘diam’. Sebabnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyapu (bermain-main) batu kerikil (ketika Jumaat) maka hal itu sia-sia.” (Riwayat Muslim)

Menurut Imam Nawawi Rahimahullah: Dalam hadis itu ada larangan bermain dengan batu dan selain daripada jenis itu kerana itu adalah sebahagian daripada perbuatan sia-sia ketika khutbah (Jumaat). Di sini terdapat isyarat agar ditujukan hati dan anggota badan semata-mata kepada khutbah. (Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim).
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 27 Februari 2017 memutuskan haram menggerakkan tabung atau mengutip derma ketika khatib berkhutbah Jumaat.

Sememangnya solat Jumaat adalah antara peluang terbaik untuk masjid-masjid menggerakkan tabung derma kerana bilangan jemaah yang melimpah-ruah memenuhi segenap ruang dalam dan luar masjid. Ironinya, mahu digerakkan tabung derma sebelum azan, masjid masih kosong. Kebanyakan jemaah datang lewat dan ramai yang masuk selepas azan pertama dikumandangkan. Dengan kata lain, jumlah sumbangan derma ketika itu tidak seberapa berbanding ketika khatib berkhutbah.

Jabatan Mufti Negeri Selangor pula memberi pandangan kutipan tabung Jumaat ketika khatib berkhutbah adalah diharuskan dengan syarat berikut:
* Tidak menghalang para jemaah mendengar khutbah Jumaat.
* Hasil kutipan adalah untuk maslahah masjid seperti membayar bil elektrik, air dan penyelenggaraan.
* Tidak ada cara lain yang mudah untuk mendapat infak daripada para jemaah yang mencukupi bagi memakmurkan masjid.

Kadang-kadang ada baiknya juga digerakkan tabung derma semasa khutbah. Sebabnya dapat menyedarkan insan-insan yang terlena kerana terlalu ‘khusyuk’ menghayati isi kandungan khutbah.

Oleh itu, ahli jawatankuasa masjid hendaklah bijak memilih cara terbaik dalam perkara ini. Antara alternatifnya, gerakkan tabung selepas solat Jumaat selain mengambil kira lokasi yang sesuai ketika memungut derma untuk masjid. Khatib juga boleh menggalakkan derma kepada masjid dan mendoakan kepada penderma pada akhir khutbahnya sebagai salah satu kempen untuk mengga­lakkan amalan itu. Bagi menjayakannya, kita hendaklah datang awal ke masjid untuk solat Jumaat.


Dalam bab ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mandi seperti mandi janabah (mandi daripada hadas besar) pada hari Jumaat, kemudian ia pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua, pahalanya seperti berkorban seekor lembu. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga, pahalanya seperti berkorban seekor kambing. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat, pahalanya seperti pahala berkorban seekor ayam. Siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima, pahalanya seperti berkorban sebiji telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir untuk mendengar khutbah (dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu).” (Riwayat Muslim).

Serulah kepada agama Allah dengan hikmah.

BARAT mempunyai gambaran stereotaip dan prasangka terhadap Islam, yang antara sebabnya ialah kerana laporan media mereka yang sering menonjolkan Islam sebagai agama ekstremis, fundamentalis, pengganas dan kepelbagaian label negatif lainnya.
Bagaimanapun gambaran stereotaip tentang Islam di dalam media Barat, dan seperti yang difahami oleh orang Barat, sebenarnya bukanlah satu perkara baru dalam pertembungan antara Islam dan Barat. Pertentangan, pada hakikatnya, telah dapat dikesan kembali kepada jangka masa yang lama, ketika Islam dan Kristian terlibat dalam perang salib, demikian juga dalam konflik empayar Othmaniah ketika Islam berjaya mengembangkan sayapnya ke Eropah yang dianggap sebagai ancaman kepada agama Kristian dan gereja serta pemerintah mereka.
Menjelang zaman moden dan ICT sekarang ini maka penentangan terhadap agama Islam, malah terhadap semua agama seluruhnya, telah berlaku, seperti yang telah saya jelaskan di dalam ruang ini dalam tulisan yang lalu. Golongan yang tidak percayakan Tuhan, ateis, menonjolkan pemikiran anti semua agama, dan semua umat yang percayakan agama, the believers. Mereka cuba mengambil kesimpulan bahawa agama tidak lagi relevan dengan zaman ini.
Pandangan sarwajagat Islam nampaknya mulai keliru dalam kalangan penganut Islam sendiri, terutamanya golongan muda Islam, kerana terdapat aliran pemikiran dan gagasan baru yang lebih moden dan liberal dalam kalangan umat Islam sendiri yang cuba mendominasikan senario Islam dengan doktrin baru tentang agama Islam.
Salman Rushdie menerbitkan bukunya The Satanic Verses pada 26 September 1988. Taslima Nasrin, penulis Bangladesh, telah menerbitkan tulisannya yang bercanggah dan berbeza pendapat dengan kefahaman majoriti umat Islam bagi pentafsiran beberapa ayat al-Quran yang tertentu.
Dalam peristiwa ini, terdapat para ulama Islam yang telah mengeluarkan fatwa bahawa darah Salman Rushdie adalah halal, dan hal yang sama juga dikatakan terhadap Taslima Nasrin, sehingga hal ini telah menimbulkan perasaan marah dan sentimen yang amat tinggi di dalam masyarakat Islam. Dalam semangat penentangan yang meluap-meluap inilah terdapat banyak demonstrasi terhadap kedua-dua penulis ini, dan akibatnya bercampur de­ngan emosi yang akhirnya berlaku pertempuran dengan pihak pemerintah dan sesama sendiri sehingga memakan korban nyawa umat Islam sendiri.
Dalam kes yang sama juga, pada 1992, seorang ahli akademik Mesir, Nasr Abu Zaid, telah dipaksa hadir di mahkamah bagi menceraikan isterinya atas tuduhan bahawa tulisannya mengenai Islam telah menjadikannya murtad, justeru dia haruslah berpisah dengan isterinya.
Banyak insiden dan contoh lain yang dapat diberikan yang telah berlaku di dalam dunia Islam, termasuk dalam isu perbezaan kefahaman mazhab, hingga mencetuskan peperangan sama sendiri yang memakan korban begitu banyak hingga ke saat ini.
Di negara kita sendiri, hal ini mulai menunjukkan bibit-bibit yang agak berbahaya, iaitu dengan timbulnya suara-suara dan beberapa amalan yang dikatakan menyen­tuh akidah dan syariah, malah mengakibatkan murtad bagi para pelaku itu.
Dalam konteks negara kita, apakah kita juga akan berhadapan dengan krisis yang pernah berbangkit di dunia Islam lain seperti yang berlaku dalam kes Salman Rushdie atau Taslima Nasrin, yang nampaknya mulai menimbulkan percikan bunga api dalam kes perbezaan kefahaman tentang Islam oleh golongan dan kumpulan tertentu dalam masyarakat kita hingga ke masa kini?
Kita memang merasa kesal dengan penentangan daripada golongan tertentu terhadap agama Islam yang cuba dikelirukan dengan pandangan moden yang agak permisif. Tetapi pada masa sama, kita juga tidak mahu melihat reaksi yang emosional dan defensif yang melampau dalam kalangan umat kita sendiri.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan beberapa elemen dalam kalangan umat Islam yang melahirkan sikap ekstremisme, antaranya:
1. Kecetekan intelektual yang mengakibatkan krisis dalaman masyarakat Islam yang tidak dapat memfokuskan kepada masalah yang menjadi keutamaan dalam strategi perjuangan umat Islam dan penghayatan ajarannya. Beliau memetik ayat 7 surah Ali-Imran tentang teks al-Quran bagi ayat-ayat yang menjelaskan kategori hukum Muhkamat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya) dan Mutasyabihat (yang sama-samar tidak terang maksudnya). Hal ini juga sering menjadikan pe­nganut Islam mengeluarkan tafsiran dan pandangan yang agak radikal ketika mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabihat. Malah beliau menerangkan dengan agak panjang lebar dalam isu perbezaan pandangan dan penyelesaiannya itu.
2. Golongan ekstremis juga nampaknya sering mengambil sikap yang terlalu ideal dalam usaha kembali kepada ajaran as-Sunnah sedangkan Rasulullah SAW hidup di Makkah selama tiga belas tahun mengerjakan solat dan tawaf di Baitullah sedangkan Kaabah dikelilingi oleh 360 berhala kaum musyrikin. Hal ini menunjukkan bahawa baginda sentiasa mengambil sikap yang praktikal dan memberi masa untuk mengubah iklim serta persekitaran latar belakang yang tertentu.
Dalam tahun 10H (631M) Nabi Muhammad SAW telah menerima satu rombongan penganut Kristian dari Najran di dalam Masjid Al-Nabawi. Baginda telah membenarkan penganut Kristian itu menunaikan ibadat mereka di dalam masjid, diikuti dengan perbincangan tentang doktrin ketuhanan dan kenabian, termasuk kerasulan Nabi Isa, dan baginda membaca ayat al-Quran dari surah Al-Ikhlas dan ayat 59–61 surah Ali-Imran untuk menjelaskan pengajaran Islam tentang isu yang dibincangkan.
Saya berpandangan bahawa ruang untuk berbicara secara sihat dan mesra masih terbuka, yang sepatutnya dapat dilakukan dalam isu-isu perbezaan tanggapan dan tafsiran ini, terutamanya yang menyentuh masalah ijtihad dan perbezaan mazhab dalam perkara-perkara cabang dan ranting. Asalkan tidak menyentuh hal-hal yang teras dan fundamental.
PROFESOR DATUK DR. ISMAIL IBRAHIM ialah Penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

Rujuk jabatan agama

AWANG menyokong penuh nasihat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada umat Islam supaya merujuk kepada jabatan agama dan pakar agama bertauliah bagi mengesahkan kesahihan catatan berkaitan agama Islam di media sosial.

Hal ini kerana menurut beliau, kebebasan berkongsi maklumat di media sosial telah membuka peluang bagi individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan ajaran salah.

Awang percaya majoriti daripada kita pernah menerima pelbagai perkara berkaitan Islam khususnya hadis Rasulullah SAW yang dikongsikan di laman sosial. Dalam berhadapan dengan keadaan itu, janganlah kita mudah percaya apatah lagi menyebarkannya sesuka hati.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak perkara mengenai Islam disebar dan ada antaranya terang-terang tidak benar, tetapi oleh kerana diselitkan dengan hadis dan ayat al-Quran maka ramai umat Islam mempercayainya.

Justeru adalah wajar jika maklumat sedemikian dirujuk kepada mereka yang pakar terlebih dahulu.


Jangan disebabkan terlalu teruja mahu menjadi ‘ustaz atau ustazah’ dalam talian, kita menyebarkan sesuatu yang belum tentu kebenarannya atau lebih teruk lagi palsu. Kesudahannya pahala yang dicari, dosa pula yang dikutip.

Apakah berdosa jika seorang lelaki tidak berkahwin?

UKE: Hukum berkahwin dibahagikan kepada lima bahagian:

* Wajib berkahwin
Sekiranya seseorang itu mempunyai kemampuan daripada segi kewangan untuk membayar mahar dan mampu menyediakan nafkah isteri zahir dan batin. Dia juga tidak bermaksud untuk menganiaya isterinya selama berumah tangga. Termasuk juga dia yakin akan terdorong melakukan maksiat disebabkan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
* Sunat berkahwin
Kepada orang yang mampu dalam menyediakan nafkah dan lain-lain, tetapi dalam masa yang sama dapat memelihara dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan. 
* Harus berkahwin
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan maksiat jika tidak berkahwin serta mampu.
* Makruh berkahwin
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun daripada segi kewangan dia mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi huru-hara.
* Haram berkahwin
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajiban-kewajiban dan tanggungjawab terhadap isterinya dari segi zahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya hidup isterinya dengan sebab kekurangan yang ada pada dirinya.

Maka kenapa tidak mahu berkahwin? Anda lihatlah  dalam huraian di atas. Apa pun berkahwin adalah sunah Nabi SAW. Maka mengikuti sunah Nabi SAW itu penuh dengan kemuliaan dan pasti dibantu oleh Allah SWT, insya-Allah.

Cara pujuk isteri  
Bagaimana hendak memujuk isteri yang sudah tidak mahu hidup bersama suami dan minta dilepaskan?
* Aniq, Kuala Lumpur.

UKE: Apabila ada masalah sebegini anda patut gunakan beberapa cara. Pertama, memohon kemaafan atas segala kesalahan anda dengan bersungguh-sungguh. Kedua, berjanji akan membantu dan menjadikan rumah tangga kembali bahagia. Ketiga, gunakan kelembutan dan sifat lelaki budiman untuk memujuknya.

Keempat, gunakan anak-anak sebagai ejen memujuk isteri anda. Kelima, libatkan keluarga seperti ibu dan ayah untuk menjadikan isteri berfikir panjang sebelum bercakap soal berpisah. Keenam, kalau terjadi perpisahan pun tak mengapa sebab nanti masih ada ruang untuk merujuk kembali.

 Perceraian bukan bermakna berpisah buat selama-lamanya. Kadang-kadang boleh bersatu semula malah perkahwinan kali kedua dengan pasangan yang sama lebih bahagia sebab telah mengetahui pantang larang dan kesukaan pasangan.
Anda juga boleh banyak berzikir dan solat hajat supaya terpelihara rumah tangga. Boleh juga diamalkan membaca surah Yasin sebanyak 10 kali bagi menyampaikan maksud tersebut.

Beza menderhaka   
Apakah perbezaan antara menderhaka dengan ibu bapa kandung dan ibu bapa tiri?
* Mohd. Namawi, Johor.
UKE: Kedudukan ibu bapa kandung dengan ibu bapa tiri adalah tidak sama. Yang tiri tidak mewarisi dan diwarisi harta pusaka. Yang tiri juga tidak boleh menjadi wali nikah. Hukum menderhaka ibu bapa kandung termasuk di dalam dosa-dosa besar malah dikutuk oleh Allah SWT orang yang menderhaka ibu bapanya. Ketaatan dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah Allah SWT selagi  perintah tersebut tidak bercanggah dengan hukum Allah Taala. Namun begitu jika ada ayah atau ibu tiri, maka hendaklah juga berbuat ihsan kepada mereka kerana mereka telah berkahwin dengan ibu atau ayah kita, malah kadang-kadang ibu atau ayah tiri menjaga kita lebih baik daripada ibu atau ayah kandung.

 Terdapat ibu atau ayah tiri yang menanggung makan minum atau pelajaran anak tirinya melebihi keluarga kandung tetapi ada anak tiri yang tidak berbuat baik kepada mereka pula. Ada juga ibu atau ayah tiri yang menjaga ibu atau ayah kandung padahal anak-anak sendiri tidak mengambil berat tentang ibu atau ayah kandung mereka.

Maka berbuat baiklah kepada ibu atau ayah tiri selagi  mereka tidak menyuruh berbuat kejahatan. Jika tidak bersetuju dengan pendapat ibu atau ayah tiri, maka bercakaplah dengan sopan dan jangan sampai menyakiti hati mereka.

Enggan bayar pengawal .

Lebih 80 peratus penduduk di taman perumahan saya bersetuju membuat bayaran bulanan bagi perkhidmatan pengawal keselamatan. Bagaimana dengan penduduk yang tidak mahu membuat bayaran sedangkan mereka turut mendapat manfaat daripada kawalan keselamatan itu?

* Penduduk Prihatin, Gombak.
UKE: Sepatutnya bila hidup berjiran maka hendaklah bermuafakat dan bersepakat. Bukannya hidup mementingkan diri sahaja. Susah sama susah dan senang sama senang. Cuma mungkin mereka miskin atau tak mampu membayar yuran perkhidmatan.

Kalau begitu gunakan pelekat khas bagi yang membayar yuran termasuk juga papan tanda kecil di pintu pagar masing-masing sebagai pengenalan mempunyai perkhidmtan supaya senang pemantauan diadakan.

 Boleh juga selalu diadakan program dengan pelbagai kemudahan yang disediakan dan lama-kelamaan insya-Allah mereka juga akan menyertai perkhidmatan itu. Mungkin boleh wujudkan jawatankuasa khas bagi menarik 20 peratus penduduk yang tidak menyertai program itu.